
Passionation, platform komuniti dan pencipta kandungan di bawah Innity Group, kini melancarkan Dear Mom, sebuah platform advokasi yang dibina khas untuk membantu jenama berhubung dengan aset pemasaran paling dipercayai mereka iaitu para ibu sebenar yang berkongsi pengalaman sebenar.
Dilancarkan bersama rakan strategik Iroro dan Happikiddo, inisiatif ini diperkasakan melalui aktiviti fizikal dan sesi bersama para pencipta kandungan yang direka untuk memberi pengalaman bermakna kepada para ibu. Pendekatan kesihatan wanita oleh Iroro dan kepakaran runcit keluarga oleh Happikiddo membantu mewujudkan suasana yang hangat dan mesra.

Dengan sokongan tambahan daripada Ddrops, Hello Doktor, dan Cutiecle, pelancaran ini berjaya mengumpulkan lebih 60 pencipta kandungan ibu, rakan kolaborasi dan tetamu media di IPC Shopping Centre.
Dear Mom memperkenalkan cara baharu mengaktifkan pencipta kandungan dengan membina komuniti ibu yang sentiasa aktif daripada pencipta berpengalaman, mereka yang baru bermula, sehinggalah pengguna harian yang benar-benar menggunakan produk yang dikongsikan.

Dengan suara sebenar ini, jenama boleh menjana kandungan yang lebih jujur, cadangan realistik dan perbualan komuniti yang memberi kesan.
“Kami bangunkan Dear Mom untuk mengingatkan para ibu bahawa menjaga diri sendiri juga penting. Bila diri sendiri dijaga, mereka lebih kuat untuk semua perkara dalam hidup,” kata Yeeyin Chong, Pengarah Perkongsian Strategik, Innity.

“Melalui penceritaan yang digerakkan oleh pencipta kandungan, kami boleh mengangkat momen-momen jujur ini dan membina hubungan emosi serta kepercayaan yang semakin dicari jenama.”

Melalui platform Passionation, jenama boleh:
Merekrut peminat sebenar yang sudah pun menggunakan produk
Menggalakkan para ibu melalui misi tersusun, percubaan produk, tugasan ulasan dan penceritaan di media sosial
Menjana pertumbuhan melalui kandungan autentik, perkongsian sosial dan word-of-mouth
Membangunkan komuniti yang menjadi aset jangka panjang
Pelancaran turut menampilkan sesi Empowerment Talk bertajuk Self-Love in Modern Motherhood oleh Dr. Kavitha Kalaimany, Pengerusi FReHA, serta sesi panel The Juggle Is Real bersama Siti Saleha (@sallywho), Peeja (@eatsybitsyayden), Chelsey Tan (@thechelseytan) dan Nabila Asyiqin (@nabila_asyiqin). Turut diadakan ialah bengkel praktikal penciptaan kandungan oleh Sheqin (@sheqins).

Ruang Untuk Ibu Mencari Diri Mereka Semula
Selain kerjasama jenama, Dear Mom diwujudkan sebagai ruang selamat di mana para ibu boleh berehat, berkongsi, dan mengenali diri mereka di luar peranan sebagai penjaga. Komuniti ini meraikan kreativiti, ekspresi diri dan kisah sebenar, membantu para ibu membina keyakinan dan berkembang mengikut pace mereka sendiri.

Saluran Advokasi Baharu Untuk Jenama
Dear Mom menghimpunkan para ibu daripada pelbagai latar, termasuk ibu yang memang aktif berkongsi di media sosial, yang baru nak mula belajar buat kandungan, dan juga ibu biasa yang suka berkongsi pengalaman mereka. Dengan mengangkat suara dan pengalaman sebenar, Passionation menyediakan cara yang lebih efektif dan berskala untuk jenama berhubung dengan komuniti ibu di Malaysia.
Dengan sokongan lengkap meliputi perekrutan, aktivasi, pengurusan kandungan, pengendalian hak dan pelaporan, Dear Mom menawarkan laluan jangka panjang untuk pertumbuhan jenama yang lebih autentik.
Dear Mom kini membuka peluang kerjasama kepada jenama yang ingin membina hubungan tulen dan bermakna dengan komuniti ibu. Untuk maklumat lanjut atau kerjasama, hubungi [email protected] atau layari:
https://passionation.co/my/dear-mom