KUALA LUMPUR, 9 APRIL 2021 – Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah mengadakan Majlis Pertemuan Media bersama-sama Pemenang Anugerah Buku Negara 2020/2021 dan Anugerah MAPIM-KPT ke-13 bertempat di Hotel Istana, Kuala Lumpur.
Majlis ini diadakan sebagai tanda penghargaan kepada media yang telah memberi komitmen dan kerjasama dalam mempromosikan kegiatan dan produk terbitan DBP.
Selain itu, penganjuran majlis ini juga mampu mempererat hubungan kerjasama antara karyawan DBP dengan pihak media sama ada media cetak, media elektronik atau portal media sosial. Secara tidak langsung, ia menjadi ruang antara DBP dan media untuk berkongsi pendapat dan pandangan dalam pelbagai isu yang timbul.
Tambahan, hubungan kerjasama antara karyawan DBP dengan pelbagai media dapat diperkukuh.
Turut sama diraikan ialah para editor yang telah memenangi anugerah bagi lima kategori Anugerah Buku Negara 2020/2021 iaitu:
Anugerah Buku Umum Popular (Flora dan Fauna)
Anugerah Buku Sains Politik Terbaik
Anugerah Buku Biografi Terbaik
Anugerah Buku Sains dan Teknologi Terbaik
Anugerah Buku Sejarah Terbaik
Manakala bagi Anugerah MAPIM-KPT ke-13, DBP berjaya merangkul anugerah bagi empat kategori, iaitu:
Anugerah Buku Ilmiah Terbaik Sains Sosial dan Kemanusiaan
Anugerah Buku Ilmiah Terbaik Sains, Teknologi dan Perubatan
Anugerah Editor Naskhah Terbaik Sains Sosial dan Kemanusiaan
Anugerah Buku Ilmiah Umum Terbaik Sains, Teknologi dan Perubatan
Antara tetamu yang hadir dalam majlis ialah Pengurusan Tertinggi DBP iaitu YBhg. Datuk Abang Sallehuddin Abg. Shokeran, Ketua Pengarah DBP; YBhg Dato’ Padilah Mohd Ali, Timbalan Ketua Pengarah (Dasar) DBP; dan YBrs. Tuan Haji Abdul Halim Haji Harun, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) DBP.
Rakan media dan para editor DBP diraikan dalam suasana yang serba ringkas, mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19.
Pemenang Anugerah Buku Negara 2020/2021
Anugerah Buku Umum Popular (Flora dan Fauna)
Judul: Ikan Pelaga: Khazanah Unik Nusantara
Penulis: Mohamad Zaini Suleiman
Editor: Nurfarhana Hamzah
Anugerah Buku Sains Politik Terbaik
Judul – Idea-idea Besar Ekonomi dan Politik Dunia
Penulis – Zulkifli Salleh
Editor – Zalimah Yahaya
Anugerah Buku Biografi Terbaik
Judul – Sheikh Abdullah Basmeih Tokoh Tafsir Malaysia
Penulis – Wan Ramizah Hasan
Editor – Mohd Riduwan Wahab
Anugerah Buku Sains dan Teknologi Terbaik
Judul – Bombacaceae: Ciri Anatomi dan Mikrofungi Daun
Penulis – Prof. Madya Dr. Noraini Talip
Editor – Mohd Amizi Ikman Amran
Anugerah Buku Sejarah Terbaik
Judul – Batu Uban Sejarah Awal Pulau Pinang
Penulis – Ahmad Murad Merican
Editor – Rohaida Baharudin
Pemenang Anugerah MAPIM-KPT ke-13
Anugerah Buku Ilmiah Terbaik Sains Sosial dan Kemanusiaan
Judul – Kaedah Penyelidikan Berasaskan Proses Pemfatwaan
Penulis – Wan Mohd Khairul Firdaus Wan Khairuldin
Editor – Hasliha @ Nor Hasliha binti Mat Zabidi
Anugerah Buku Ilmiah Terbaik Sains, Teknologi dan Perubatan
Judul – Bombacaceae: Ciri Anatomi dan Mikromorfologi Daun
Penulis – Noraini Talip & Noor Solihani Shamsuddin
Editor – Mohd Amizi Ikman Amran
Anugerah Editor Naskhah Terbaik Sains Sosial dan Kemanusiaan
Judul – Amalan Terbaik Organisasi Pembelajaran di Sekolah
Penulis – Rosnah Ishak
Editor – Mohd Amizi Ikman Amran
Anugerah Buku Ilmiah Umum Terbaik Sains, Teknologi dan Perubatan
Judul – 100 Persoalan Mengenai Kanser Payudara
Penulis – Wan Zainira Wan Zain, Arman Zaharil Mat Saad & Mazian Ismail
Editor – Suzana Ibrahim
Anugerah Buku Ilmiah Umum Terbaik Sains, Teknologi dan Perubatan
Judul – Polifenol: Sumber Makanan dan Manfaat Kesihatan
Penulis – Hanis Mastura Yahya
Editor – Siti Mariam Othman
Penganjuran majlis ini bertujuan mengeratkan lagi hubungan antara rakan media dengan karyawan DBP selain menyuntik semangat kepada para editor untuk menghasilkan bahan bacaan yang berkualiti dan bermutu tinggi buat masyarakat.