
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dalam satu kenyataan media memaklumkan pihaknya menawarkan Kadar Khas Kompaun Trafik bermula 1 Februari sehingga 3 Mac ini sempena Hari Wilayah 2020.
Tawaran kadar khas ini kepada wargakota bertujuan untuk membolehkan mereka membuat penyelesaian terhadap nitis kompaun sekaligus mengelakkan dari disenarai hitam.
Kadar Khas Kompaun ditetapkan DBKL adalah seperti berikut:
Motosikan – RM 15
Kereta – RM 15
Kenderaan berat (lori, bas dan lain-lain) – RM 15.
”Bagi notis-notis kompaun yang amsih tidak dijelaskan oleh pesalah-pesalah lalulintas, DBKL ketika ini telah membawa sebanyak 107,574 kes untuk didakwa ke mahkamah dan sehingga 31 Disember 2019, sebanyak 4,914 kes telah disenaraihitamkan oleh JPJ,” kata kenyataan itu lagi.
Bagaimanapun menurut DBKL, tawaran ini hanya untuk kesalahan lalulintas sahaja dan tidak termasuk (i) kes yang telah dibawa ke mahkamah berstatus U dan M, dan (ii) kes yang disenarai hitam berstatus W.
Orang awam yang ingin membuat semakan dan bayaran boleh berbuat demikian di:
Semua kaunter bayaran DBKL;
Semua kaunter Pos Malaysia di seluruh negara;
Secara atas talian atau melalui aplikasi Mobis;
Melalui portal MyEG.

Sumber: DBKL