DBKL Jalankan Ops Angkut Di Stesen LRT Bangsar
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bertindak mengangkut beberapa motosikal dan operasi Ops Angkut, dekat Bangsar semalam.
Pihak DBKL telah memuat naik keterangan berkenaan operasi tersebut menerusi akaun Twitter rasmi (@DBKL2u) pada hari ini.
Difahamkan, Operasi Angkut Siri 4 pada tahun 2023 tersebut dijalankan oleh Warden Trafik Jabatan Penguatkuasaan milik DBKL.
Antara perkara yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah mengeluarkan notis kompaun dan memindahkan motosikal yang berada di atas laluan Orang Kelainan Upaya (OKU) dan pejalan kaki awam.
Ops Angkut itu telah dijalankan di perkarangan Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Bangsar, dekat Jalan Bangsar, Kuala Lumpur.
Dalam bebenang tersebut, pihak DBKL turut menampilkan beberapa foto yang menunjukkan keadaan stesen berkenaan ketika operasi dijalankan.
DBKL pernah menjalankan operasi serupa di LRT Kampung Baru
Sebelum ini, Siakap Keli melaporkan tindakan DBKL yang telah mengangkut 11 motorsikal yang diletak di atas laluan pejalan jaki di sekitar LRT Kampung Baru pada Februari lalu.
Menurut DBKL, operasi Tindakan Khas Angkut Kenderaan (Motosikal) dibuat selepas mendapat aduan orang ramai.
Hal ini berikutan, beberapa perkongsian yang menunjukkan deretan motosikal diletakkan di laluan pejalan kaki di LRT berkenaan menjadi tular di media sosial.
Situasi ini menimbulkan rungutan orang awam, pelancong dan OKU apabila berdepan kesukaran untuk menggunakan kemudahan tersebut.
Susulan itu, DBKL telah mengerahkan anggotanya ke lokasi tersebut bagi meninjau sendiri rungutan orang ramai pada waktu petang.
Dalam tinjauan itu, pihaknya merancang untuk mengenakan tindakan penguatkuasaan sama ada menyita atau mengalihkan motosikal yang diletakkan di sepanjang laluan pejalan kaki tersebut.
11 buah moto yang DBKL angkut di LRT itu kini ditempatkan di Depoh Simpanan Tunda Kenderaan DBKL Jalan Pahang untuk tindakan lanjut.
DBKL mengingatkan pengguna jalan raya terutamanya penunggang motosikal agar mematuhi peraturan yang telah ditetapkan pihak berkuasa.
Pengguna juga perlu memastikan kenderaannya diletakkan pada tempat yang sepatutnya, tanpa menghalang dan mengganggu pejalan kaki atau kelancaran lalu lintas.
BACA: Pelakon Terkenal, Ridzuan Hashim Meninggal Dunia
Sumber: DBKL via Twitter