Daun Kari Rawat Masalah Rambut, Berkesan Atau Tidak
Kita biasa guna daun kari dalam masakan seperti kari atau lauk berempah. Aromanya menyegarkan dan rasa sitrusnya memberi kelazatan pada hidangan.
Tapi ramai tak tahu, daun kari juga digunakan untuk menjaga rambut secara tradisional. Benarkah ia berkesan? Mari kita fahami dengan mudah, berdasarkan penjelasan daripada Healthline.
Menurut Healthline, daun kari bukan serbuk kari. Ia berasal dari pokok Murraya koenigii, tumbuh di India, Sri Lanka dan negara Asia Selatan.
Daun ini kaya dengan antioksidan dan vitamin, yang dipercayai membantu kesihatan tubuh dan rambut.
Boleh ke rawat rambut beruban?
Rambut akan beruban bila usia meningkat. Selain umur, faktor genetik dan kekurangan nutrisi juga boleh jadi punca.
Ada yang percaya daun kari bantu lambatkan uban kerana kandungan vitaminnya. Tapi setakat ini, belum ada kajian sah yang membuktikan ia benar-benar berkesan.
Boleh ke daun kari bantu rambut tumbuh lebat?
Daun kari mengandungi nutrien yang dipercayai dapat kurangkan keguguran rambut dan bantu rambut tumbuh semula.
Namun, tiada bukti saintifik kukuh. Ramai guna sebab petua orang lama, bukan kerana kajian klinikal.
Boleh ke daun kari pulihkan rambut rosak?
Ada yang campur daun kari dengan minyak kelapa untuk rawatan rambut. Ia mungkin membantu melembapkan dan menjadikan rambut lebih sihat.
Tapi kalau rambut dah rosak teruk, daun kari tak boleh baiki sepenuhnya. Ia hanya bantu cegah kerosakan lebih teruk.
Adakah daun kari baik untuk kulit kepala?
Masalah seperti kelemumur, psoriasis dan kegatalan kulit kepala mungkin berkaitan dengan tekanan oksidatif (oxidative stress).
Kajian kecil ada tunjuk daun kari boleh bantu kurangkan tekanan ini, tapi tiada kajian kukuh tentang keberkesanannya untuk rawat kulit kepala secara langsung.
Boleh ke daun kari kurangkan rambut kusut & kering?
Ada orang kata rambut mereka jadi lebih lembut dan kurang kusut lepas guna daun kari. Tapi ini lebih kepada pendapat peribadi, bukan bukti dari kajian.
Cara guna daun kari untuk rambut (DIY)
1. Topeng Daun Kari & Minyak Kelapa
Panaskan 2 sudu minyak kelapa.
Masukkan 10–12 helai daun kari, padamkan api.
Sejukkan dan sapu ke rambut.
Biarkan 45 minit–2 jam, kemudian bilas.
Buat 1–2 kali seminggu.
2. Topeng Daun Kari & Yogurt
3. Air Bilasan Daun Kari
Rebus 15–20 helai daun kari dalam 2 cawan air hingga tinggal 1 cawan.
Selepas syampu, bilas rambut guna air ini.
Boleh buat sekerap yang mahu.
Kesan Sampingan – Hati-Hati
Sama seperti bahan semula jadi lain, daun kari boleh sebabkan alahan. Jika ada tanda seperti ini, hentikan penggunaan:
Jika gejala serius berlaku, segera dapatkan rawatan doktor.
BACA: Bukan Saja-Saja, Ini Sebab Tayar Dicipta Warna Hitam
BACA: Ini 6 Tip Untuk Elak Semput & Alahan Musim Jerebu
BACA: Bawa Nama Malaysia, UTK PDRM Cemerlang Di China
Sumber: Healthline