Datuk Seri Ayob Khan Mydin Dilantik Sebagai Timbalan Ketua Polis Negara
Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dilantik sebagai Timbalan Ketua Polis Negara berkuat kuasa pada Jumaat ini.
Pengumuman itu dibuat Datuk Seri Saifuddin Nasution selaku Kementerian Dalam Negeri dalam satu kenyataan pada hari ini.
“Adalah dimaklumkan bahawa seperti yang termaktub di bawah Fasal 4 dan 5 Perkara 140 Perlembagaan Persekutuan. Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri atas perakuan Suruhanjaya Pasukan Polis telah memperkenan pelantikan Ayob Khan.
“Ayob Khan berumur 57 tahun, dilahirkan pada 27 Julai 1966 di Kota Setar, Kedah. Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia pernah menjawat pelbagai jawatan di peringkat Negeri dan Kontinjen.
Lantikan itu dibuat selepas melihat pengalaman yang dimiliki oleh Ayob Khan
“Beliau memulakan tugas pada tahun 1993 di Cawangan Khas Bukit Aman. Dari pangkat Penolong Penguasa Polis (ASP) sehingga ke pangkat Penolong Pesuruhjaya Polis (ACP) selama 15 tahun.
“Beliau kemudiannya dinaikkan pangkat sebagai Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) dan ditempatkan di Urus Setia KPN (Penyelidikan dan Pembangunan) Jabatan Pengurusan Bukit Aman. Sebelum kembali ke Cawangan Khas dengan pangkat Timbalan Pesuruhjaya Polis (DCP) pada tahun 2016,” katanya dalam satu kenyataan, pada hari ini.
Tambah Saifuddin, Ayob Khan yang telah berkhidmat selama empat tahun telah dilantik sebagai Pesuruhjaya Polis (CP) pada 2020 yang lalu. Beliau juga menjawat jawatan sebagai Ketua Polis Johor.
“Pada tahun 2022, beliau kembali ke Bukit Aman sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik dan kini berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.
“Kerajaan mengucapkan syabas dan tahniah di atas pelantikan ini,” katanya lagi.
BACA: 7 Bentuk Bantuan Kerajaan Untuk Golongan Belia, Ramai Yang Tak Tahu
Sementara itu, Tan Sri Razarudin bin Hussain pula telah dilantik sebagai Ketua Polis Negara yang baharu secara kontrak.
Pengumuman itu dibuat Saifuddin Nasution pada hari ini secara serentak berdasarkan kenyataan media yang dikongsinya menerusi satu hantaran Facebook rasmi miliknya.
Sumber: Saifuffin Nasution via Facebook