Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memaklumkan, pihak datuk bandar Kuala Lumpur akan mencari jalan lain yang lebih sesuai untuk dinamakan Jalan Palestin.
“Jalan Raja Laut 1 hendaklah dikekalkan seperti asal,” katanya, memetik ciapan di Twitter hari ini.
Sebelum itu, dalam satu ciapan lain, Annuar mempersoalkan pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tentang mengapa jalan nama bersejarah sedemikian yang dipilih dan bukan jalan-jalan menggunakan nama Inggeris.
Berita lanjut bakal menyusul.
Sumber: Twitter Tan Sri Annuar Musa