Gambar Via Bernama

Datuk Azizulhasni & Shah Firdaus Tersingkir Acara Pecut, Kini Fokus Acara Keirin

Sofea

Pemain basikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang terkandas dalam repechages pusingan ketiga 1/8 dalam acara pecut lelaki sebentar tadi dan tidak dapat meneruskan misi ke peringkat akhir.

Dalam pusingan yang berlangsung di Velodrom Izu itu, Datuk Azizul dilihat telah melakukan aksi pecutan yang bertenaga dan meninggalkan pelumba dari Jepun, Yuta Wakimoto.

Dia seterusnya cuba untuk memintas pelumba Britain, Jason Kenny namun tidak berhasil dan ketinggalan sedikit sahaja dari pelumba itu untuk memenangi pusingan tersebut.

Nasib yang sama juga turut dilalui oleh Shah Firdaus yang juga tersingkir di pusingan itu dengan menduduki tempat ketiga.

Apapun, terima kasih diucapkan kepada mereka di atas usaha yang mantap dalam misi membawa pulang pingat untuk rakyat Malaysia.

Perjuangan Datuk Azizul dan Shah juga belum berakhir kerana mereka akan bertanding dalam acara keirin yang akan bermula pada Sabtu ini.

Sumber: Bernama