Mantan Pengerusi Prasarana, Dato’ Sri Tajuddin bin Abdul Rahman dikenakan kompaun RM1,500 kerana kegagalan memakai pelitup muka ketika melakukan sidang media kemalangan LRT yang lalu.
Menerusi kenyataan media, Ketua Polis Daerah Dang Wangi, ACP Mohamad Zainal bin Haji Abdullah berkata, tawaran kompaun itu akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
“Pada 8 Jun 2021, kertas siasatan kes perlanggaran SOP PKP oleh Dato’ Sri Tajuddin telah dikembalikan dari Pejabat Jabatan Peguam Negara, Putrajaya dengan keputusan beliau dikenakan kompaun sebanyak RM1,500..,” katanya.

Perkara tersebut dikongsikan oleh Bernama TV melalui laman Facebook mereka sebentar tadi.
Sumber: BernamaTV