Seorang petani di Tumakuru, India dihina oleh jurujual ketika dia ingin membeli sebuah trak pikap Bolero di bilik pameran kereta di sana.
Petani tersebut bersama rakan-rakannya disindir oleh jurujual tersebut dengan mengatakan yang mereka kononnya tidak mungkin mempunyai walaupun hanya RM 50 di dalam poket masing-masing.
Terhina dengan cacian yang dilemparkan, petani tersebut bersama rakan-rakannya beredar untuk mengambil wang tunai selepas mencabar jurujual tersebut untuk membeli trak tersebut dalam masa sejam.
Dia juga mencabar jurujual tersebut untuk menghantar sendiri trak pikap tersebut pada hari yang sama.
Setengah jam kemudian, petani tersebut kembali bersama wang tunai sebanyak RM 55, 781 untuk membeli trak tersebut. Namun begitu, jurujual tersebut meminta untuk menambah masa selama dua hari bagi proses penghantaran kenderaan tersebut.
Berasa kecewa dengan sikap dan layanan yang dia dapati, petani tersebut akhirnya membuat aduan kepada pihak polis tempatan.
Pegawai polis di situ terpaksa memujuk mereka untuk bertenang dan pulang ke rumah.
Walau bagaimanapun, petani tersebut sudah tidak lagi berminat untuk membeli trak tersebut. Dia juga turut meminta permohonan maaf bertulis daripada jurujual tersebut.
Sumber: India.com