
Wanita Fasih Mandarin Dipuji, Tolong Peniaga Durian Layan Pembeli Dari China
Musim durian di utara tanah air kini kembali. Ramai yang mula menjelajah ke sana ke sini bagi mendapatkan durian tempatan yang amat jarang dapat ditemui berikutan kehadiran Raja Buah ini mengikut musimnya.
Di sebalik keinginan menjamah durian, siapa sangka kehadiran di gerai buah menjadi kenangan seumur hidup. Seorang wanita dirakam menjadi penterjemah kepada pelanggan di gerai menjual durian. Pertuturannya yang begitu fasih dalam bahasa Mandarin sambil bertukar ganti bertutur menggunakan Bahasa Melayu bersama peniaga menarik perhatian warga maya.
“Terima kasih pelanggan tolong layan pelanggan dari China,” kata pengguna TikTok yang juga pemilik gerai durian terbabit.
Menurut pemilik akaun TikTok, Amin Rosli, ketiga-tiga pelanggan itu dipercayai merupakan warga negara China. Mereka mengalami kesukaran untuk berkomunikasi dengan peniaga gerai durian Balik Pulau. Ketika ditanya SK, lelaki berkenaan hanya menjual durian Balik Pulau berdekatan Mydin Bertam, Kepala Batas mengikut musim yang kebiasaannya berbuah pada pertengahan tahun.
“InsyaAllah tahun ni sampai hujung bulan tujuh. Ikut pada buah juga sebab buah durian Balik Pulau ada lebih dari 30 jenis buah yang berbeza,” jelas peniaga berkenaan.
Katanya lagi, dia sering bertemu pelanggan warga China yang tidak fasih berbahasa Inggeris. Keadaan itu sering kali menyukarkan proses jual beli antara peniaga tersebut dan pelanggan.
Tampil di ruangan komen, penterjemah yang dikenali sebagai Chuby Zee berkongsi kisah kejadian berkenaan.
“Terima kasih abang. Durian kedai abang kuning elok, makan dengan mak ayah dan anak-anak, licin, sedap. Nanti kami pi lagi. Kebetulan masa tu ada orang Cina dari China datang, abang ni bagi tahu susah nak terangkan dekat depa, tak faham. Saya pun tolonglah abang tu bagi tahu jenis-jenis durian dan harga berapa sekilo.
Kepetahan dan kesungguhan wanita berkenaan membantu peniaga tersebut menyentuh hati warga maya. Malah, ramai yang berseloroh menyarankan peniaga tersebut mengupah wanita berkenaan sebagai pekerjanya.
“Mantap lah kak, saling membantu,” puji warga maya.
“Suami dia mesti kagum dengan isteri dia. Dah lah cantik, pandai cakap cina lagi,” ulas seorang lagi.
“Saya kerja dengan majikan cina lapan tahun. Kebelakangan ni semua pelanggan orang cina. Hari-hari dengar, lama-lama saya boleh kuasai. Alhamdulillah,” kongsi yang lain.
Sumber: aminrosli
BACA: Penganjuran Aktiviti Pelajar Di Masjid, MPP UPM Tampil Beri Penjelasan
BACA: Jenis Kesalahan Dikesan Kamera AwAS & Senarai Lokasi Terkini