Menurut portal rasmi Mufti Wilayah Persekutuan, di antara perkara yang wajib untuk diimani oleh setiap muslim adalah beriman dengan perkara-perkara ghaib seperti syurga, neraka, hari Hisab dan lain-lain.
Di antara perkara ghaib yang wajib untuk diimani adalah kewujudan jin dan syaitan. Kewujudan jin dan syaitan juga telah disebutkan oleh Allah di dalam Al-Quran.
Perkongsian seorang lelaki, Fakhrun melalui Twitter miliknya menceritakan detik seram ketika kakaknya diganggu jin yang dipercayai sudah jatuh cinta dan ingin hidup bersama.

