Siapa sangka di luar nampak rumah kampung biasa tetapi bila masuk dalam sangat mewah dengan susunan minimalis. Susunan perabot juga memainkan peranan penting untuk sesebuah rumah agar tampak lebih cantik dan kemas.
Lagi syok bila dapat ruang rumah yang besar dan luas. Boleh letak apa sahaja yang dimpikan tanpa risau ruang jadi sempit.
Korang mesti tak sabar nak lihat perkongsian daripada laman Facebook Azienor Afham yang berkongsi tentang dekorasi dan ubahsuai rumah dengan susunan minimalis. Rumah kampung tapi di dalam tampak mewah dan eksklusif.
“Ubah konsep ala-ala minimalis yang bersederhana dan nampak tenang dengan cat yang lembut…”
Selepas selesai renovate Encik Suami jugalah yang menjadi pereka hiasan dalaman sepenuhnya, saya cuma ubah konsep ala-ala minimalis yang bersederhana dan nampak tenang dengan cat yang lembut ala-ala sejuk mata memandang gitu, jom kita tengok hasil kerja Encik Suami mendeko, video penuh proses dan siap sepenuhnya.
1.Wainscoting
2.Grand mirror
3. Honefoss mirror
4. Wiyering lampu dan segala lampu-lampu hiasan










Pada mulanya saya memang nak upah tapi Encik Suami kata dia boleh buat tapi lambat sebab balik kerja baru boleh buat sikit-sikit. Di atas pintu utama saya letak nama arwah puteri kesayangan saya, biar arwah dah tak ada tapi nama arwah tetap dalam ingatan buat selama-lamanya.
“Nama arwah tetap dalam ingatan buat selama-lamanya.”

Kalau pandangan dari luar rumah papan ja belakang sawah padi, di tepi highway yangg berlatar belakangkan bunyi alunan enjin-enjin kenderaan yang tak putus-putus pagi petang siang dan malam.


Syukur, Alhamdulillah dan terima kasih buat suamiku sebab sudi buat utk isterimu ini dgn hasil tangan sendiri.
Klik di sini untuk lihat video full.
Sumber: Azienor Afham