
Nak segarkan rumah tanpa perlu renovasi besar-besaran? Nippon Paint berganding bahu dengan tiga pereka dalaman terkemuka Malaysia untuk berkongsi cara bagaimana warna, tekstur dan susun atur bijak mampu menghidupkan semula ruang kediaman anda.
Menurut IDr Fendarie Su, dinding ciri yang dicat mampu beri identiti dan personaliti pada rumah. Dengan warna berani serta teknik kreatif, ruang nampak lebih hidup. Untuk hasil moden dan tahan lama, beliau mencadangkan Nippon Paint Momento® Designer Series Cemento yang menyerlahkan tekstur serta gaya urban.

Bagi IDr Ooi Boon Seong, warna berani jika digunakan dengan betul boleh menetapkan mood ruang. Rahsianya: gunakan sekitar 20% sahaja, padankan dengan tona lembut dan material hangat. Untuk hasil yang kemas, beliau menyarankan Nippon Paint Spot-Less Plus yang memberi warna lebih pekat serta kemasan licin.

Matthew Lim pula gemar menyerlahkan bentuk seni bina seperti gerbang atau relung menggunakan warna kontras. Gabungan tona hangat atau pastel boleh mencipta suasana berbeza, daripada mesra hingga tenang. Untuk hasil optimum, beliau memilih Nippon Paint Spot-Less Plus kerana kecerahan dan liputan warnanya.

Anda tak perlukan renovasi besar untuk ubah suasana rumah. Dengan pilihan cat yang tepat daripada Nippon Paint, setiap ruang boleh kelihatan segar, moden dan lebih bergaya.
Terokai koleksi warna dan lookbook Nippon Paint di sini