Sungguh mengagumkan apabila seekor kucing memiliki dua rupa yang unik, iaitu sebelah berwarna keperangan dan sebelah lagi berwarna hitam. Ini merupakan kelahiran yang jarang berlaku.
Tuannya, Janet Bell, 62, sering ditanya mengenai ciri-ciri kucingnya itu yang dikenali sebagai Luna.
Luna diambil oleh Jan apabila kucingnya telah melarikan diri dan bunting ketika dia dan pasangannya sedang bercuti.
Anak kucing itu secara rasminya dikenali sebagai kucing ‘chimera’ kerana mempunyai dua set DNA kerana dua embrio berbeza disenyawakan dalam rahim ibunya.
“Luna merupakan anak kucing pertama yang dilahirkan dan apabila dia ‘keluar’, saya berkata kepada rakan saya yang saya mahu yang itu,” kata Jan.
“Saya rasa dia sangat cantik dan tidak pernah nampak kucing yang sebegitu.”
“Setiap kali saya keluar berjalan, ramai yang akan berhenti dan memandang jika melihatnya.”
“Ramai yang kata betapa cantik dan unik rupa Luna. Ada juga yang bertanya mengapa rupanya sebegitu dan tidak percaya dia seperti memiliki dua wajah.”
Jelas Jan, dia lebih suka membela anjing daripada kucing, tetapi dia terpersona dan terus jatuh suka selepas melihat Luna.
Kucing betina boleh mengawan dan bunting lebih daripada seekor kucing daripada pasangannya pada masa yang sama. Kucing betina itu boleh melahirkan anak kucing yang mempunyai dua DNA yang berbeza.
Berlainan pula denga kelahiran jenis kucing Chimera. Kucing Chimera merupakan seekor kucing dilahirkan yang mempunyai dua DNA berbeza. Daripada dua kucing berasingan dengan satu set DNA setiap satu, hanya seekor anak kucing dilahirkan, dengan dua set DNA.
Gambar : Mercury Press & Media Ltd via Daily MailSumber : Daily Mail