Setelah menamatkan kontrak dengan Barcelona, teka-teki perjalanan karier bintang bola sepak dunia, Lionel Messi akhirnya terkuak. Messi secara rasminya berpindah ke kelab bolasepak Paris Saint-Germain (PSG) setelah ‘berpisah’ dari Barcelona.
PSG turut mengunggah sebuah video di laman Twitter rasmi sebagai ucapan selamat datang kepada Messi. Dalam video singkat tersebut, PSG menyifatkan Messi sebagai ‘permata baru Paris’.
Tak hairan juga kalau PSG menganggap Messi sebagai ‘permata’ mereka kerana pengikut di laman Instagram PSG auto naik setelah berita perpindahan Messi ke PSG tersebar.

Messi menandatangani kontrak dua tahun bersama PSG setelah 21 tahun menempa nama bersama Barcelona. Messi sebelumnya pernah menerima pelbagai anugerah individu ketika di Barcelona termasuk empat gelaran Champions League, dan 10 gelaran La Liga.
Messi tidak menyambung kontrak bersama Barcelona setelah tamat kontrak Jun lalu, atas faktor kewangan kelab tersebut. Walaupun berat hati meninggalkan kelab Argentina itu, Messi walaubagaimanapun teruja untuk memulakan lembaran baru dengan PSG.
Sumber: SkySports, CNN, Paris Saint-Germain