Dari 147kg Ke 76kg, Lelaki Berjaya Turun 71kg Lepas Berjaya Berhenti Minum Air Gas
Seorang lelaki di North Carolina berjaya menurunkan berat badannya sebanyak 71 kilogram dalam tempoh sembilan bulan selepas berjaya mengatasi masalah ketagihan meminum air gas berkarbonat, lapor Daily Mail.
Lelaki bernama Taylor Robertson, 27 tahun dari Winston-Salem itu pernah meminum 12 tin sehari air tin soda dan menjadi pelanggan tetap di bar tempatan.
Beliau juga difahamkan hanya makan di restoran makanan segera untuk makan tengah hari dan malam.
Baca: Boleh Jimat Masa, Ini Cara Nak Buat Umrah 3 Kali Tanpa “Apply” Cuti Panjang
Selepas dia berjaya mengatasi ketagihan meminum air bergas, dia mula sedar dan memulakan senaman selama dua jam pada setiap hari.
Dia juga turut menukar diet pemakanannya kepada hidangan yang lebih sihat seperti ayam dan nasi pada setiap hari.
Dia mula menjaga dan mengawal pemakanannya pada Oktober 2021 yang lalu, kini rutin sihatnya itu telah mula menampakkan hasil apabila berat badannya mula turun dan menjadi lebih sihat.
Robertson melakukan perubahan gaya hidup itu selepas berat badannya mencecah sebanyak 147 kilogram dan mempunyai pinggang bersaiz 46 inci. Dia juga mengalami masalah kesukaran bernafas semasa sedang tidur.

Kredit Taylor Robertson/SWNSSelepas tempoh sembilan bulan, dia berjaya mendapatkan berat badan 76 kilogram dengan saiz pinggang 32 inci.

Kredit Taylor Robertson/SWNSDia mengambil keputusan untuk mengubah gaya hidupnya adalah kerana dia ingin menjadi yang terbaik untuk tunangnya Hayleigh Cass, 24 tahun. Dia juga kini merancang untuk menyertai pertandingan Ironman.
Kredit Taylor Robertson/SWNSMenurut Robertson, dia mula mengamalkan pemakanan tidak sihat itu sewaktu dia tamat belajar di kolej. Dia kerap mengambil makanan segera dan mengalami masalah ketagihan alkohol.
Dia mula mendapatkan kesedaran selepas mengalami apnea sewaktu tidur, keadaan serius yang berpotensi untuk seseorang berhenti bernafas semasa tidur.
“Tunang saya terpaksa membangunkan saya dan berkata hey awak tidak bernafas,” kata Robertson.
Robertson memutuskan untuk mengubah dirinya pada Oktober 2021 dengan mengamalkan gaya hidup yang sihat dan serta merta perubahan itu menunjukkan hasil.
“Saya menjumpai diet satu hidangan sehari dan memutuskan untuk mencubanya,” katanya.
“Pada mulanya saya mengambil makanan Cina namun menyedari bahawa ia tidak begitu sihat dan kini saya memasak makanan saya sendiri seperti ayam dan nasi.
Saya juga mula pergi ke gim dan berat badan saya mula turun,” katanya lagi.
Robertson bermula dengan berjalan di atas treadmill sebelum beralih kepada angkat berat. Dia kini menghabiskan kira-kira dua jam setiap hari di gim untuk bersenam.
Robertson masih berpegang pada diet satu hidangan besar setiap hari. Makanan itu juga harus sihat dan dimasak di rumah sendiri.
Sumber: Daily Mail