Siapa yang tidak kenal dengan seorang ‘streamer’ yang berkorban kariernya demi membiayai kos perubatan isteri yang sakit, Ayul Rahman memberitahu bahawa isterinya sudah tiada.
Berita duka ini disampaikan olehnya sendiri menerusi laman Facebooknya Aylrhmn Gaming hari ini.
Alhamdulillah urusan jenazah dipermudahkan. Terima kasih semua yg selalu mendoakan kesihatan Quya selama ini. Terima kasih selalu ada.

Sehari sebelum isterinya pergi buat selamanya, dia diberi kesempatan untuk menemani ‘buah hati’ tercinta di wad. Namun, Allah lebih menyayangi arwah isterinya.

Sakit yang tiada ubat adalah penyakit rindu yang telah tiada. Tidak dinafikan kehilangan orang yang kita sayang merupakan satu momen ‘pahit’ untuk diterima. Namun, kita perlu akur dan redha dengan pemergian tersebut.
Semoga roh Allahyarhamah Quya Anuar tenang dan berada bersama-sama orang beriman. Aamiin.
Sumber: Ayul Rahman