Susulan operasi tangkapan seekor gajah betina di Kg. Tias Luar, Kuala Krai, Kelantan pada 15 Ogos yang lepas, satu operasi pemindahan gajah betina tersebut telah dilakukan pada 19 Ogos 2020.
Perkara ini disahkan oleh Jabatan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara Semenanjung Malaysia (PERHILITAN) melalui laman Twitter rasmi mereka.
Operasi pemindahan gajah ini melibatkan anggota Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK) Kuala Gandah, Pahang, Jabatan PERHILITAN Negeri Kelantan, Polis DiRaja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan RELA.


Gajah tersebut berada dalam keadaan yang baik dan dipindahkan ke habitat yang sesuai.
Sumber: PERHILITAN