Dapat Puluhan Tempahan, Penampar & Penumbuk “Online” Laris Di Shopee, Ramai “Review” Puas Hati

Sofea

Sejak dilancarkan pada tahun 2015, Shopee menjadi salah satu platform e-dagang yang sangat popular terutama di negara-negara Asia Tenggara. Cari saja apa yang diinginkan, pelbagai barang boleh didapati di dalam platform itu termasuk pakaian, makanan dan alat kelengkapan rumah.

Bukan itu saja, ada juga sesetengah jualan atau ‘perkhidmatan’ di Shopee yang dilihat tidak masuk akal dan tersangatlah pelik. Pun begitu, ia tetap menjadi perhatian ramai dan mendapat review yang ‘mengujakan’ dan dianggap sebagai hiburan.

Salah satunya adalah perkhidmatan mengirim penampar, penumbuk, penendang, pencakar, tendangan maut dan love dengan harga RM0.36 sahaja. Menerusi deskripsi produk yang tertera di kedai itu, ia merupakan cara murah untuk menghantar rasa marah dan geram terhadap sesiapa saja termasuk bekas kekasih dan rakan-rakan.

Pembeli perlu menyertakan nombor WhatsApp penerima dan ia akan dihantar dalam bentuk gambar dalam masa 24 jam.

Menjengah di ruangan review, nampaknya ramai juga yang menggunakan perkhidmatan itu dan berpuas hati. Kebanyakan dari mereka juga memberikan 5 bintang untuk perkhidmatan itu.

Sumber: Shopee