Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu tidak dapat menahan rasa gembiranya apabila menerima panggilan telefon daripada pemain badminton perseorangan negara, Lee Zii Jia.
Faizal mengekspresikan rasa terujanya itu menerusi satu ciapan ringkas yang ditulis di akaun Twitter rasminya hari ini.
“Terima panggilan dari Lee Zi Jia, ia bagaikan seperti terima satu (panggilan) daripada anak saya sendiri.
“Dia kedengaran seperti sangat positif tentang sesuatu dan membuatkan saya jadi terlalu gembira.
“Gong Xi Fa Cai kawan! Buat baik untuk mak ayah anda!” kata Faizal dalam ciapan tersebut sebentar tadi.
Ciapan bernada gembira itu telah disukai lebih 521 tanda suka, selain turut meraih pelbagai reaksi berbeza daripada netizen.
Terdahulu, Faizal berharap kepada orang ramai agar menghentikan segala polemik mahupun andaian negatif mengenai isu pemain tersebut dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM).
Menerusi pertemuan pada petang semalam, bekas Menteri Besar Perak itu juga turut berharap agar kedua-dua pihak terbabit dapat mencari kata sepakat dalam isu tersebut demi memastikan imej badminton Malaysia kekal utuh di persada dunia.
Sumber: Twitter Faizal Azumu