Anda sedang mencari tablet tapi memerlukan komputer riba juga? Kini anda tidak perlu pening kepala memikirkan tentang bajet untuk mendapatkan kedua-dua jenis gajet itu lagi kerana Microsoft telah memperkenalkan tablet Surface ProX 2-in-1 yang boleh dijadikan sebagai laptop untuk melakukan urusan harian anda.

Surface Pro X ini hadir dengan skrin bersaiz 13-inci (2880×1920, 267 PPI) yang dilengkapi dengan ciri PixelSense. Rekaan dua-dalam-satu yang membolehkan ia digunakan sebagai tablet atau laptop ini dijana oleh cip Surface SQ1 yang dibangunkan hasil kerjasama Microsoft bersama Qualcomm.

Ia juga dilengkapi dengan sambungan USB-C, ciri pengecasan pantas dan sokongan LTE terbina dalam. Baterinya juga dapat bertahan sehingga 13 jam.
Berbanding dengan rekaan sebelumnya, Microsoft telah melakukan beberapa perubahan bagi model ini dengan mereka bentuk semula rekaan bucu bingkai supaya menjadi lebih nipis bagi menyediakan ruang khas untuk aksesori Surface Slim Stylus.


Ianya juga turut menyokong Surface Pro X Signature Keyboard yang dikhaskan dan berkebolehan mengecas Surface Slim Pen dengan sendirinya.

Dengan hanya mempunyai berat sebanyak 774g, Surface Pro X ini juga mudah untuk dibawa ke mana sahaja.


Jadi apa anda tunggu lagi? Dapatkan tablet Surface Pro X keluaran Microsoft terbaru dengan harga serendah RM4,599 sekarang!
Pada anda yang berminat untuk membeli online secara bundle, GLOO ada menawarkan pakej bundle dengan hadiah yang menarik untuk setiap pembelian sehingga 31 Mac 2020 ini sahaja. Berikut adalah pakej yang ditawarkan:

Untuk membuat pembelian, sila klik Facebook serta laman web atau hubungi 1-700-817-616 untuk maklumat lanjut.