Gambar: Brittanica

Dapat Membantu Hilangkan Keletihan, Stress, Mudah Lupa Dan Banyak Lagi, Ini Antara Makanan Tambahan Yang Perlu Anda Cuba

Aqmal Ezany

Proses evolusi dan penambahbaikan produk makanan tambahan tablet berperisa coklat, Excel Pro sebanyak beberapa kali terus menjadi kebanggaan pengasasnya iaitu pakar motivasi terkenal, Datuk Dr Mohd Fadzilah Kamsah atau mesra dipanggil Tok Abah.

Produk keluaran Shafaz Trading Sdn Bhd yang mula dipasarkan sejak awal tahun 2000 itu telah mendapat sentuhan ‘magis’ penjenamaan baharu selain peningkatan mutu ramuan bahan yang digunakan sejak dari Disember 2019 yang lalu.

Kelebihan produk ini adalah ianya tidak semata-mata dijual dengan bertumpukan kepada pengguna sasaran yang dirumus khas untuk usia tiga hingga 80 tahun sahaja.

Sebaliknya, ia bertimbal balik kepada falsafah kemanusiaaan, saling kebergantungan kehidupan dan tenaga positif manusia seiring dengan kepakaran Tok Abah dalam bidang motivasi serta falsafah.

“Di pasaran barangkali ada produk yang hampir sama dengan Excel Pro. Namun kalau ditanya apa kelebihan produk ini atau yang membezakannya dengan lain, ia berbalik kepada sudut pandangan dan bidang falsafah hidup saya pelajari serta amati.

“Bererti dalam hal falsafah itu sendiri ada nilai tambah. Makanan tambahan ini yang awalnya dulu dikhususkan untuk membantu pelajar sekolah contohnya masalah hilang fokus, keletihan, stres, mudah lupa dan masalah penghadaman takkan ada kesan tanpa peranan ibu bapa sendiri.

“Lalu dalam situasi sebegini, ibu bapa juga perlu menjayakan tanggungjawab mereka dengan menyalurkan hal positif. Golongan anak juga sama contohnya belajar dengan ikut arah kiblat dan baca penenang hati. Pendek kata, keberkesanan produk itu akan lebih mujarab dengan cara dipraktikkan ibu bapa dan anak mereka,” kata Pengasas Excel Pro itu.

Syarikat ini dilaporkan menggunakan hanya lapan orang ‘coach’ atau jurulatih sahaja sebagai tenaga sokongan dan jualan produk berkenaan pada tahun lalu.

Namun untuk tahun ini, sistem stokis dan agen telah mula digunakan bagi syarikat yang berpengkalan di Bandar Baru Bangi itu.

“Kelainan kita juga dapat dilihat dengan memberi sokongan kepada coach dan golongan ibu bapa sendiri dengan mewujudkan program Webinar contohnya.

“Menerusi program sebegitu, pihak kami salurkan pelbagai input berfaedah dan bermanfaat untuk diamalkan termasuk tips, nasihat dan perkongsian doa.

“Hingga kini kami mempunyai empat stokis, lebih 150 agen di seluruh Malaysia. Malah sistem ‘coach’ yang diamalkan masih dikekalkan dan terus bertambah bilangannya,” katanya.

Tablet coklat yang sedap tanpa gula ini diperkaya daripada kandungan premium seperti Bacopa, Omega 3, Prebiotik dan Probiotik.

Ianya turut diperakui mempunyai jaminan logo Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selain memiliki sijil pengiktirafann Good Manufacturing Practice (GMP).

Layari https://excelpro.solutions untuk tempahan dan butiran lanjut.