
Dapat Laporan Tembakan, Polis Temui Lima Mayat Termasuk Tiga Kanak-kanak Dalam Rumah
Lima orang termasuk tiga kanak-kanak ditemui mati ditembak di dalam sebuah rumah di timur laut Marryland, Amerika Syarikat pada Jumaat. Ia selepas pihak berkuasa menerima laporan mengenai kejadian tembakan di kawasan tersebut.
Polis mendedahkan mereka sebelum itu menerima panggilan singkat 911 yang melaporkan kejadian tembakan daripada seorang lelaki. Pemanggil kedengaran panik ketika melaporkan kejadian berkenaan. Cubaan polis untuk menghubungi semula individu berkenaan bagaimanapun tidak berjaya.
Pihak berkuasa yang tiba di rumah berkenaan menjumpai mayat tiga kanak-kanak dan seorang wanita yang ditembak mati. Manakala mayat seorang lelaki dewasa ditemui dengan sepucuk pistol disampingnya.
Menurut pegawai penyiasat, satu daripada mayat ditemui di garaj, satu lagi di tingkat atas, manakala tiga kanak-kanak itu ditemui di tingkat dua rumah itu.
“Semua yang maut dilihat mengalami luka tembakan dan sepucuk pistol separa automatik ditemui berhampiran lelaki dewasa yang maut,” kata pegawai lagi.
Identiti mereka yang terkorban tidak didedahkan memandangkan kes berkenaan masih dalam siasatan.
Salah seorang penduduk di kejiranan tersebut menyifatkan bahawa ia merupakan hari yang tragis dan dahsyat buat komuniti berkenaan.
BACA: Gempa Bumi Kuat 6.2 Gegar Papua Di Indonesia, Kerosakan & Korban Tidak Diketahui Setakat Ini
BACA: Tak Mampu Upah Tukang, Ustazah Nekad Ikat Bata & Bancuh Simen Bina Sendiri Rumah
Sumber: NBC News