Jangkitan Novel Coronavirus (Covid-19) dilaporkan boleh disebarkan melalui cecair. Salah satunya adalah melalui penggunaan ais yang diambil dari sumber yang tidak disahkan.
Oleh itu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dalam satu kenyataan rasmi di Twitter, menyarankan orang ramai untuk membeli ais hanya dari kilang yang dilesenkan oleh KKM kerana telah melalui proses ditetapkan dan dijamin selamat.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, pengguna boleh merujuk nombor lesen KKM pada pembungkusan ais.


Untuk mengetahui tentang kilang yang mempunyai lesen dari KKM, pengguna boleh menghubungi Pejabat Kesihatan Daerah atau Jabatan Kesihatan Negeri atau hubungi KKM menerusi laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM)
Sumber: KKMPutrajaya