Dakwa Ketepatan Hingga 94.8%, Thai University Latih 6 Ekor Anjing Kesan Covid-19 Pada Manusia

Azmil

Thai University dalam perkembangan terbaru Covid-19 telah melatih beberapa ekor anjing untuk menghidu sampel peluh pesakit Covid-19. Thai University juga mendakwa ketepatan anjing ini berjaya menghidu peluh pesakit Covid-19 mencecah 94.8 peratus.

Selain dari cara mengimbas suhu, anjing-anjing ini juga boleh digunakan bagi mengesan individu yang positif Covid-19, kata Kaywalee Chatdarong yang bertindak sebagai ketua projek ini.

Hanya mengambil masa 2 saat menghidu, anjing ini akan duduk bila berjaya mengesan virus tersebut. 6 anjing pengesan itu akan menghadapi 6 bulan latihan sebelum boleh memulakan tugas mereka.

Menurut Kaywalee sudah ada syarikat yang mahu menggunakan khidmat anjing-anjing ini untuk mengesan Covid-19 dalam kalangan pekerja-pekerja mereka.

Untuk masa hadapan, anjing-anjing ini akan ditempatkan di lapangan terbang dan pelabuhan untuk mengesan virus Covid-19 dalam kalangan pelawat asing yang tiba di negara Thailand dan pengesanan itu lebih tepat dan cepat berbanding mengimbas suhu.

Selain itu, anjing-anjing ini juga sudah digunakan untuk mengesan beberapa kanser dan malaria pada manusia. mereka juga boleh menghidu kebakaran, letupan dan dadah.

Sumber: SCMP