Sejak semalam, media sosial dihebahkan dengan satu kejadian pembunuhan yang melibatkan seorang wanita berusia 27 tahun dan anak lelakinya yang berusia 11 tahun. Kejadian pembunuhan kejam ini dipercayai melibatkan seorang individu yang mempunyai kaitan dengan mangsa.
Ekoran kejadian itu, seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai videographer untuk perkahwinan mangsa sebelum ini ada menghubungi Siakap Keli berhubung kes ini. Menurut lelaki berkenaan, mangsa berhajat untuk menggunakan khidmatnya sebagai videographer bagi majlis perkahwinan kakaknya.
Menerusi perkongsian itu, lelaki itu juga menyatakan bahawa dia akan meneruskan hajat Arwah untuk majlis perkahwinan kakak beliau sekiranya masih dipilih. Tidak terlepas, lelaki berkenaan juga ada meminta agar netizen untuk membantu menutup akaun Facebook arwah dan suaminya.



Sumber: Inbox Siakap Keli