Dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan bekas kekasihnya, seorang wanita di wilayah Zhejiang telah melanggar 49 lampu isyarat trafik ketika memandu kereta lelaki tersebut, lapor Insider.
Menurut portal itu, pelaku telah meminta seorang lelaki lain menyewa Audi milik bekas kekasihnya sebelum menggunakan kenderaan itu bagi melakukan kesalahan trafik.
Dalam tempoh dua hari, dia dikatakan telah melanggar 49 lampu merah sebelum ditahan pihak polis, lapor Insider.
Hasil siasatan mendapati wanita berkenaan merancang untuk ‘mengumpul’ saman bagi membalas dendam terhadap tindakan bekas kekasihnya yang dikatakan telah curang.
Susulan itu, pelaku serta rakan subahatnya telah ditahan untuk menjalani siasatan.
Sumber: Insider