Tiada Kategori

“Daikin Festival Unites All” Pupuk Perpaduan Dalam Kalangan Pekerja

Nur Farra

Tetamu kehormat, Raja Muda Selangor, Duli Yang Teramat Mulia Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj mencemar duli dan merasmikan acara istimewa ini. Antara tetamu khas lain yang turut hadir ialah YB Datuk Dr Ab Halim Tamuri (Ahli Dewan Undangan Negeri Paya Jaras), YB Mohd Rafiq Mohd Abdullah (Ahli Dewan Undangan Negeri Kuang) dan En. Fang Yuan (Pengerusi Daikin).

Perayaan ini berjaya menyampaikan kesyukuran kepada pekerja berdedikasi dan mengukuhkan ikatan dengan komuniti berhampiran dengan ibu pejabatnya di Sungai Buloh. Selain sambutan, ia turut menjadi platform untuk menonjolkan komitmen teguh Daikin Malaysia terhadap tanggungjawab social korporat (CSR) serta penjalinan hubungan dengan komuniti lokal.

Selain itu, acara ini bertujuan menyerlahkan dedikasi Daikin Malaysia terhadap Tanggungjawab Sosial Korporat. Di samping menyediakan solusi penghawa dingin yang terutama dalam industri, ia juga tegas meninggalkan impak positif. Sebagai contoh inisiatif CSR Daikin, beberapa sekolah dan rumah anak yatim di kawasan Sungai Buloh, termasuk Sekolah Kebangsaan Bukit Rahman Putra, Sekolah Jenis Kebangsaan (C) Sungai Buloh, Sekolah Jenis Kebangsaan (T) Kuang, Rumah Aman Children’s Home, dan Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras telah menerima sumbangan untuk membantu operasi harian mereka. Dalam usaha menyatukan pekerja, sekolah dan rumah anak yatim, perayaan ini menunjukkan semangat memberi balik untuk membentuk perubahan bermakna di dalam komuniti di mana ia berkhidmat.

Acara ini melangsungkan pelbagai aktiviti, bermula dengan persembahan Yosakai yang memberangsangkan, perlambangan budaya Jepun yang menyerlah, diikuti oleh persembahan silat yang menakjubkan oleh Rumah Kasih Harmoni Paya Jaras. Persembahan sebegini bukan sahaja menonjolkan warisan seni mempertahankan diri di Malaysia yang kaya dan dinamik, tetapi juga menjadi saluran pertukaran hubungan budaya. Dalam kerjasama istimewa dengan Les Copaque Production, sebuah syarikat animasi terkemuka yang menghasilkan siri popular Upin & Ipin, maskot Upin & Ipin, bersama dengan Pichonkun, turut muncul untuk menyambut kanak-kanak. Tetamu juga berpeluang menyertai aktiviti mewarna dengan Upin & Ipin dan Pichonkun untuk mengukuhkan lagi kerjasama tersebut.

Daikin Malaysia, pemimpin inovasi dan penyedia solusi penghawa dingin berkualiti tinggi, menjadi tuan rumah bagi hari perpaduan yang bertujuan membangunkan komuniti dengan sambutan silang budaya. Acara ini dilangsungkan di Ibu Pejabat Daikin Malaysia dan menggabungkan elemen-elemen budaya Jepun serta Malaysia, menawarkan hadirin suatu pengalaman imersif.

Para tetamu juga menikmati sesi bertemu dan menyambut dan menandatangani autograf eksklusif dengan pemain dari Kelab Bola Sepak Selangor. Sokongan dan kerjasama bersemangat oleh pemain ini melambangkan pengaruh bola sepak yang menyatukan dan mengjangkaui umur, bangsa, agama dan bahasa. Inisiatif ini selaras dengan komitmen Daikin Malaysia untuk mempromosikan gaya hidup yang lebih sihat dan aktif, dan bertujuan menghubungkan individu melalui medium sukan untuk membentuk komuniti yang mengamalkan dan menyokong pendekatan yang kuat terhadap kesejahteraan diri,

Perayaan Daikin Menyatukan Semua bukan setakat perayaan biasa; ia menggambarkan nilai-nilai teras syarikat – komitmen terhadap kecemerlangan, penyatuan dan penambahbaikan masyarakat. Dengan kelangsungan perayaan ini, jelas bahawa visi Daikin Malaysia amat luas sehingga jauh menjangkaui solusi penghawa dingin, meninggalkan warisan impak komuniti yang positif dan berterusan.