Zaman sekolah adalah antara momen paling seronok bagi kebanyakan orang. Manakan tidak, bila pergi ke sekolah dan dapat jumpa kawan-kawan, rasa macam sekejap je masa tu berlalu.
Tapi masa zaman sekolah ni, ada jugak benda yang tak suka kita dengar, tak lain tak bukan adalah kerja rumah. Boleh dikatakan setiap hari ada saja kerja sekolah yang cikgu bagi untuk diselesaikan.
Tak dinafikan, ramai pelajar yang merasakan ia satu beban, tambahan pula kalau setiap mata pelajaran tu diberi kerja sekolah. Malah waktu cuti sekolah pun kerja sekolah menumpuk sampai tak sempat diselesaikan dalam tempoh yang ditetapkan.
Bila tengok tugasan kerja sekolah yang bertimbun, masa tu mesti kita terfikir kan, siapalah yang ‘cipta’ kerja sekolah ni?
Sejarah kerja sekolah
Kalau korang nak tahu, kerja sekolah dipercayai diasaskan oleh seorang ahli politik dan seorang tokoh pendidikan Amerika Syarikat bernama Horace Mann. Mann adalah individu yang memainkan peranan utama terhadap sejarah kerja sekolah dan mula memperkenalkannya sekitar abad ke-19.
Gambar: StudyKetika itu, murid-murid yang menghadiri sekolah rakyat Volksschulen diwajibkan untuk menyiapkan tugasan kerja sekolah di rumah mengikut waktu mereka sendiri.
Pun begitu, ada pendapat lain yang mengatakan kerja sekolah telah diasaskan lebih awal iaitu sejak tahun 1095 oleh Roberto Nevelis dari Itali. Namun pendapat ini dianggap kurang sahih dan hanya dilihat sebagai mitos yang beredar di internet.
Larangan kerja sekolah 1900-an
Pada tahun 1901, beberapa dekad selepas kerja sekolah diwujudkan, kerja sekolah pernah diharamkan di sekitar Atlantik dan kemudian tersebar di wilayah California. Larangan kerja sekolah ini pernah dibuat terhadap semua pelajar di bawah umur 15 tahun dan berkuatkuasa sehingga tahun 1917.
Pada masa yang sama, media cetak tempatan turut mengeluarkan kenyataan daripada ibu bapa dan golongan professional bidang perubatan yang mengatakan kerja sekolah berdampak buruk terhadap kesihatan kanak-kanak.
Kerja sekolah di era Perang Dunia Kedua
Susulan Perang Dunia Kedua yang meletus sekitar tahun 1950-an, kerajaan Amerika Syarikat pernah menggunakan kerja sekolah sebagai alternatif menentang Perang Dingin dengan Russia.
Kementerian Pendidikan Amerika Syarikat ketika itu memberi tugasan kerja sekolah yang cukup banyak kepada pelajar untuk mencegah mereka daripada jatuh ke tangan musuh. Pada masa ini, mata pelajaran sains dan matematik sangat dititikberatkan.
Larangan kerja sekolah kembali
Pada awal abad ke-21, tak sedikit tenaga pengajar dan orang awam mula menyuarakan kembali impak negatif kerja sekolah terhadap kanak-kanak.
Sehingga hari ini, isu kerja sekolah masih menjadi perdebatan dalam kalangan banyak pihak. Malah sesetengah sekolah turut menguatkuasakan larangan ini terhadap pelajar-pelajar mereka.
Sumber: Study