
Wanita moden kini semakin berpengetahuan dan ambil tahu akan kepentingan menjaga kesihatan untuk mengelakkan sebarang risiko penyakit membunuh seperti kanser dan sebagainya. Bagaimanapun kesedaran itu tidak bermaksud apa-apa jika tidak disusuli dengan usaha untuk mencegah.
Pap smear boleh dilakukan keatas wanita sewal usia 18 tahun jika sudah diantara mereka yang terdedah dengan hubungan seksual. Ujian ini dilakukan sekurang-kurangnya setahun sekali. Daripada pemeriksaan ini, ianya boleh memastikan samada wanita tersebut sihat dan tidak terdedah kepada kanser serviks.
Sebelum ini, wanita yang pernah menjalankan ujian pap smear semestinya melalui pengalaman sedikit sakit dengan bukaan ‘mulut itik’ kedalam bahagian dalam kemaluan.
Perkongsian Nurzafirah Jalil menceritakan pengalamannya membuat ujian saringan serviks sendiri.


Sumber: Nurzafirah Jalil