
Sudah banyak petua dan cara untuk mendapatkan kulit yang bersih dan mulus. Ada yang mengamalkan petua tradisional dan ada juga yang mengeluarkan wang untuk mendapatkan rawatan di pusat kecantikan atau klinik dermatologi.
Tetapi, percaya atau tidak bahawa anda boleh memiliki kulit yang cantik dengan mudah sahaja. Bahannya boleh dapatkan di dapur atau lebih spesifik lagi di dalam peti ais.
Ya, hanya di dalam peti ais. Tahukah anda bahawa ais batu merupakan salah satu kaedah efektif yang digunakan sebagai rawatan kecantikan wajah? Bahkan di pusat kecantikan juga ada yang menggunakan kaedah ini.
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, sila baca perkongsian daripada Hello Doktor ini.
Sapuan ais pada bahagian tubuh untuk tujuan kesihatan dikenali sebagai terapi sejuk atau cryotherapy. Ia digunakan secara rutin untuk merawat kecederaan lebam. Tujuannya adalah:
Meredakan kesakitan dengan mengurangkan aktiviti saraf untuk sementara
Mengurangkan bengkak dengan menurunkan aliran darah
Mempercepatkan fungsi pemulihan dengan menggalakkan penyembuhan tisu lembut
Rawatan ais muka atau skin icing hanya disokong oleh bukti anekdot. Setakat ini tiada lagi penyelidikan klinikal yang menyokong penggunaan ais sebagai rawatan muka yang berkesan.
Umumnya, rawatan ais di wajah ini popular kerana ia mudah untuk dijelaskan, termasuklah:
Ia murah
Mudah dilakukan
Terdapat bukti anekdot
Mendapat liputan meluas di internet
Ia semula jadi tanpa penggunaan bahan kimia
Dijadikan sebagai amalan logik dan masuk akal

Untuk mencuba rawatan ini, anda perlu membalut beberapa ketul, 4-5 kiub ais dalam kain kapas lembut dan sapukan pada wajah dengan gerakan membulat selama 1-2 minit.
Urutan ini boleh dilakukan beberapa kali dalam sehari pada bahagian:
Dagu
Bibir
Hidung
Pipi
Dahi
Air bersih sangat bermanfaat untuk kesihatan, terutamanya kulit. Ia membuang semua toksin daripada tubuh, ini termasuklah melalui penggunaan air batu.
Berikut adalah faedahnya untuk kulit wajah anda:
Sifat ais adalah antiradang yang membantu mengurang dan menyembuhkan jerawat. Ia menenangkan kulit, mengecilkan pori, dan mengurangkan pengeluaran sebum pada wajah – punca utama munculnya jerawat.

Anda tidak perlukan produk yang mahal jika mahu kulit bersinar. Hanya sapukan ais pada muka untuk meningkatkan peredaran darah ke kulit dan menjadikannya cerah.
Selain itu, penggunaan ais juga dapat meningkatkan tahap oksigen dalam kulit dan membekalkan nutrien penting – vitamin.
Ais adalah ubat terbaik untuk masalah lingkaran hitam bawah mata.
Anda boleh merebus air mawar bersama jus timun dan bekukan campuran ini. Kemudian sapukan ais tersebut pada bahagian mata.
Tetapi anda harus bersabar dan mengulanginya beberapa hari untuk dapat melihat hasilnya.
Mata bengkak sering terjadi akibat kurang tidur atau mata stres, namun ais dapat membantu mengatasinya. Hanya sapukan ais pada kawasan terjejas dan bengkak akan hilang.
Anda boleh menambah kopi hitam pada kiub ais yang dapat menghilangkan bengkak mata dengan cepat.
Sumber : Hello Doktor