“Dah Sebulan Menganggur,” ‘Food Rider’ Gigih Cari Rezeki Terlibat Kemalangan Semasa Hantar Pesanan

Aqmal Ezany

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ramai yang beranggapan bahawa tugas penghantar makanan ini adalah sangat mudah. Pun begitu, ianya mempunyai risikonya yang tersendiri.

Walaupun caj penghantaran yang dikenakan itu mungkin boleh dikatakan agak rendah, namun apa yang ditempuhi penghantar makanan ini kadang kala bukanlah indah dari rupa. Ini kerana, ada yang sanggup meredah cuaca buruk demi memastikan makanan yang dipesan oleh pelanggan sampai dengan selamat dan sempurna.

Dalam satu perkongsian yang dikongsi oleh seorang pengguna Twitter bernama @khaiartzfar, seorang rakannya yang bekerja sebagai penghantar makanan telah terlibat dalam kemalangan. Menurutnya, pada awal permulaan wabak pandemik Covid-19 tempoh hari, kawannya itu pernah meminta pertolongannya dari segi kewangan untuk dijadikan modal memulakan tugas sebagai penghantar makanan selepas sebulan menganggur tanpa pekerjaan.

Namun pada baru-baru ini, dia telah mendapat tahu bahawa kawannya itu telah terlibat dalam kemalangan. Sangat sedih apabila terkenangkan orang yang sangat rajin dan kuat berusaha diduga dengan ujian yang sedemikian rupa.

Justeru daripada itu, sama-samalah kita mendoakan kesihatannya agar dia boleh pulih dengan cepat supaya boleh mencari rezeki yang halal kembali.

Sumber: @khaiartzfar