Siapa kata duduk rumah waktu pandemik ni tak boleh buat aktiviti mendekorasi atau menambahbaik kan rumah?
Memandangkan sekarang ni kebanyakkan kita terpaksa bekerja dari rumah dan ada juga belajar dari rumah, boleh kata hampir 24 jam hanya berada di rumah. Jadi semestinya banyak idea-idea tercetus dan barangan yang perlu kita tukar untuk bersesuaian dengan keadaan semasa.

Sebenarnya banyak benda boleh menjimatkan tenaga dan penggunaan bil elektrik walaupun kita 24 jam di rumah. Sebagai contoh, tukar kepada “Air-conditioner Inverter”. Bila dah sentiasa ada di rumah, semestinya untuk lebih selesa nak buat kerja atau belajar, kita akan gunakan air-cond. Tapi mesti terpaksa pakai jimat-jimat sebab takut bil akan tinggi. Jadi caranya, jom tukar kepada jenis inverter air – cond yang lebih menjimatkan.
Begitu juga dengan peti sejuk. Peti sejuk juga ada yang jenis inverter tau. Jadi dengan menggunakan inverter ni, sedikit sebanyak dapat mengurangkan bil elektrik korang. Tukar kepada yang besar lagi bagus, dapat simpan makanan snek-snek banyak sikit. Sambil buat kerja, sambil bersnek.


Keselesaan juga penting untuk kita dan keluarga. Sebagai contoh bila kita bekerja dari rumah ni, tentunya perlu tempat yang sesuai untuk buat kerja, jadi apakata tukar kepada sofa yang lebih selesa dan besar. Boleh lah lepas buat kerja, kita amik masa berehat sekejap untuk melegakan segala urat2 atau stress. Orang kata “take 5”.

Selain dari itu, “meeting” juga benda yang tak dapat di elakkan. Untuk lebih keselasaan, TV screen besar juga boleh di gunakan. Bila besar, memang terasa puasnya. Alaa, tak rugi juga tukar tv kepada lebih besar sebab anak2 juga boleh guna untuk tonton Tv Pendidikan dan pada hujung minggu boleh gunakan untuk tonton movie kegemaran kita bersama keluarga.

Penggunaan gajet yang lebih canggih juga salah satu yang perlu di ambil kira. Mana taknya, kebanyakan urusan kita, menggunakan komputer riba dan telefon pintar untuk menyelesaikan tugas. Jadi, lebih tukar dan cari spesifikasi yang lebih besar memory nya, yang lebih tahan penggunaan bateri dan sebagainya.


Kita haruslah menjadi pengguna yang bijak dengan berbelanja ketika ada tawaran yang dijalankan. Jangan risau, di COURTS kini sedang menawarkan pelbagai tawaran hebat antaranya rebat segera sehingga RM340, ekstra diskaun 34% untuk unit ke-2 untuk barangan tertentu, tawaran percuma, percuma penghantaran dan banyak lagi sehingga 24 Mac 2021. Tertakluk terma dan syarat.
Untuk maklumat lanjut boleh klik sini.