Dalam perkembangan terkini Covid-19 di Malaysia yang dilaporkan Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini menyaksikan dua daerah bertukar kepada zon kuning daripada status zon hijau.
Daerah-daerah yang dimaksudkan adalah daerah Hulu Langat di Selangor dan Padang Terap di Kedah. Masing-masing mencatat 1 kes positif baharu hari ini. Manakala, kes positif di Kuala Muda dan Baling di Kedah masing-masing menurun ke 21 dan 8 kes berbanding 28 dan 12 kes pada 27 Ogos 2020.
Malaysia mencatat 10 kes baharu hari ini termasuk dua kes penularan tempatan dan lapan lagi adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara. Semua kes import sudah dikuarantin di pusat-pusat kuarantik sebaik tiba di negara ini.
Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dijadualkan berakhir 31 Ogos 2020 (Isnin) dan hari ini seluruh rakyat Malaysia bakal menanti penuh debar Perutusan Khas Perdana Menteri mengenai PKPP dan mungkin bakal mengumumkan sama ada PKPP ini dilanjutkan atau ditamatkan.
Sumber: KKM