Ramai yang berazam untuk mengurangkan berat badan disamping mendapatkan tubuh badan yang sihat dalam menjalani kehidupan harian.
Namun begitu, ramai yang masih tercari-cari diet yang sesuai untuk menurunkan beratnya supaya mendapatkan berat badan yang ideal serta mengamalkan gaya hidup yang sihat.
Mungkin perkongsian daripada seorang pengguna twitter, نور اميليا حسنى ini boleh membantu anda untuk menurunkan berat badan yang anda inginkan.
Dia berjaya menghilangkan 10 kg berat badannya dengan mengamalkan diet suku suku separuh dan eat clean untuk mengurangkan berat badannya itu.
Selain itu, dia juga telah mengurangkan pengambilan gula serta makan banyak sayuran hijau dan buah-buahan. Malah bukan itu sahaja, dia turut berjogging sekurang-kurangnya 3 hingga 4 kali seminggu selain mengambil 2.5 liter air dalam masa sehari.
Ternyata diet serta cara pemakanan yang diamalkan ini telah berjaya mengurangkan sebanyak 10 kg berat badannya. Berat badannya yang dulu mencecah 76kg kini telah mencapai 66 kg setelah 2 bulan mengamalkan diet dan gaya kehidupan yang sihat.
Sumber: نور اميليا حسنى