Setiap hari anda akan meghadapi tekanan dalam hidup anda. Perkara ini adalah suatu yang normal. Namun, tekanan yang berlebihan boleh mengganggu aktiviti seharian dan kesihatan anda.
Laman web Brightside, berkongsi satu teknik unuk menenangkan diri dari Jepun yang dapat dilakukan dimana sahaja. Hanya mengambil masa 5 minit.
Menurut laman itu, bagi melakukan teknik ini, anda perlu mengetahui dan memahami bahawa setiap jari tangan anda mewakili perasaan dan peranan yang berbeza.
Ibu jari
Membantu anda mengawal emosi seperti kegelisahan dan kerisauan.
Jari telunjuk
Membantu anda mengawal rasa takut
Jari tengah
Membantu anda mengawal kemarahan dan kebencian
Jari manis
Membantu anda untuk mengatasi masalah kemurungan, kesedihan dan membuat anda menjadi lebih tegas.
Jari kelingking
Membantu anda menenangkan perasaan gelisah dan meningkatkan keyakinan.
Untuk menyelaraskan tenaga dalam badan anda. Anda pegang ibu jari dengan tangan yang lain. Genggam semua jari pada ibu jari anda. Anda perlu memegang setiap jari selama kira-kira 1-2 minit. Anda akan rasa kesannya apabila ia mula berdenyut.

Manakala, untuk menenangkan fikiran pula. Anda perlu menekan di bahagian tapak tangan dengan ibu jari tangan yang bertentangan dan tahan sekurang-kurangnya 1 minit.
Walaupun teknik ini diamalkan di Jepun, namun tak salahkan nak cuba ?
Sumber: Brightside