Gelagat seekor kucing comel yang cuba untuk melarikan segulung wang kertas daripada sebuah pub di Rusia sebelum dicekup berjaya dirakam kamera CCTV.
Wang tunai tersebut telah diambil dari bekas simpanan wang di sebuah pub yang terletak di Krasnodar Krai, Rusia oleh seekor anak kucing yang dibela oleh pemilik pub itu sendiri.
Rakaman kamera CCTV memaparkan kucing tersebut cuba untuk melarikan segulung wang tunai sebanyak dua kali.

Pemilik pub, Nadezhda Vodolazskaya, 37, menyatakan bahawa kali pertama ia cuba untuk melarikan wang tersebut, perbuatannya itu telah disedari oleh salah seorang pengunjung pub berkenaan yang kemudiannya terus bertindak mengambil duit itu semula daripada kucing tersebut yang secara tidak sengaja menjatuhkannya ketika dia sedang meloloskan diri.
Pemilik pub berkenaan menyatakan bahawa kucing itu cuba sekali lagi untuk melarikan wang tersebut ketika tiada orang cuba untuk menghalangnya.
Bahkan, beberapa pelanggan yang berada di pub semasa insiden itu hanya tertawa melihat kerenah kucing tersebut.
Nadezhda menyatakan nama kucing itu adalah Masyanya dan kucing itu baru sahaja berusia beberapa bulan.
Katanya, kucing tersebut ditemui didalam sebuah kotak dan tanpa berfikir panjang, dia terus memutuskan untuk membelanya.
“Saya tidak tahu mengapa kucing itu meminati wang berkenaan namun kami akan terus memerhatikannya sejurus selepas insiden ini dan akan memastikan bahawa peti simpanan wang terus berkunci,” kata Nadezhda.
Sumber: Daily Star