
Cuaca Panas: 6 Kawasan Berada Pada Tahap Berjaga-Jaga
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan bahawa sebanyak enam kawasan di seluruh negara kini berada pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) susulan cuaca panas yang berterusan.
Menurut METMalaysia, cuaca panas ini melibatkan tiga kawasan di Semenanjung Malaysia, dua kawasan di Sabah dan satu kawasan di Sarawak.
“Di Semenanjung Malaysia, kawasan yang terlibat ialah Baling (Kedah), Selama (Perak) dan Temerloh (Pahang).
“Di Sabah pula, kawasan yang terjejas ialah Pitas dan Tenom.
“Sementara itu, di Sarawak, kawasan yang terlibat adalah Limbang,” maklum METMalaysia.
Jelas METMalaysia lagi, suhu maksimum harian pada Tahap 1 (Berjaga-Jaga) ini boleh mencapai antara 35 hingga 37 darjah Celsius dan dijangka berlarutan sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.
Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak berada terlalu lama di kawasan terdedah kepada cahaya matahari bagi mengelakkan risiko strok haba serta komplikasi kesihatan yang lain.
BACA: Cuaca Panas: Jangan Pernah Tinggal 6 Barang Ni Dalam Kereta
BACA: Peralatan Rumah Yang ‘Makan’ Banyak Tenaga Elektrik
BACA: TNB Dedah ‘Trik’ Jimat Elektrik Di Rumah
Sumber: METMalaysia