Tiada Kategori

Coway Raikan Kisah Benar Rakyat Malaysia Dalam Kempen ‘Made For Me’

Nur Farra

Coway, jenama gaya hidup sihat terkemuka, kini membawa sentuhan inspirasi ke tengah-tengah ibu kota dengan pelancaran Coway Made For Me Monorail, monorel pertama di Malaysia yang menjadi kanvas bergerak untuk kisah benar rakyat Malaysia.

Monorel ini adalah kesinambungan daripada kempen ‘Made For Me’, yang meraikan kisah sebenar rakyat dari pelbagai latar, mereka yang telah mengalami perubahan positif dalam kehidupan seharian dengan bantuan produk Coway.

Kempen ini membuktikan bahawa kesejahteraan bukan sekadar kemewahan, tetapi sesuatu yang boleh dicapai oleh semua, bermula dari rumah sendiri.

Ryan Jung, Ketua Bahagian Pemasaran dan Produk Coway Malaysia berkata, “Kempen Made For Me meraikan rakyat Malaysia dan gaya hidup unik mereka. Kesejahteraan tidak datang dalam satu bentuk yang sama, ia peribadi, dan boleh dikecapi oleh sesiapa sahaja. Melalui monorel ini, kami ingin menjadikan perjalanan harian lebih bermakna, dengan mesej bahawa kesihatan dan kebahagiaan dicipta untuk semua.”

Bersempena pelancaran ini, pihak media turut dijemput menyertai perjalanan eksklusif menaiki Coway Made For Me Monorail, menikmati pemandangan Kuala Lumpur sambil merasai sendiri pengalaman interaktif yang menghidupkan mesej kempen ini.

Antara kisah menarik yang diketengahkan termasuk:

  • “Sejak ada Coway Dazzie, mudah sangat layan tetamu — tekan je butang, air terus siap.” – Isyara Larasati

  • “Coway Storm II buat bilik muzik saya lebih bersih dan selamat — tak perlu lagi vakum hari-hari.” – Syairah Izham

  • “Tilam Coway betulkan postur badan saya, bangun pagi pun dah tak sakit belakang.” – Zaza

  • “Kerusi urut Coway bantu saya kerja lama depan laptop tanpa rasa kebas kaki.” – Ely Rabita

  • “Lepas guna mesin basuh & pengering Coway, balkoni saya jadi tempat lepak tenang penuh pokok hijau.” – Meer Hairul

  • “Air-cond Coway buat saya tidur nyenyak sampai pagi — tak terjaga sebab panas lagi.” – Marsya Abdullah

Melalui inisiatif ini, Coway terus membuktikan komitmen untuk memperbaiki kehidupan rakyat Malaysia melalui inovasi udara, air, tidur, dan keselesaan rumah.

Setiap kisah dalam kempen Made For Me menggambarkan bahawa kesejahteraan sebenar bermula dari perkara kecil dan setiap perubahan kecil mampu mencipta impak besar.

Layari www.coway.com.my/madeforme untuk kongsi kisah anda