Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), mengumumkan tiada pertambahan zon merah di negeri-negeri di Malaysia bagi kes Covid-19 dan ia kekal sebanyak 17 daerah.
Menerusi laman Twitter KKM, tiga daerah paling tinggi mencatatkan kes Covid-19 adalah Lembah Pantai dengan 367 kes, Petaling dengan 308 kes dan Hulu Langat dengan 307 kes.
Jika berlaku peningkatan kes secara mendadak di satu-satu kawasan, PKPD akan dikenakan bagi mencegah jangkitan daripada merebak.
Gambar: KKM
Gambar:KKMSumber: KKM