Universiti Teknologi MARA (UiTM) sebentar tadi telah mengumumkan bahawa Istiadat Konvokesyen UiTM kali ke-92 yang bakal berlangsung di UiTM Shah Alam serta kampus cawangan UiTM yang lain akan ditangguhkan sehingga tarikh yang ditetapkan.
Menurut kenyataan media yang dikeluarkan sebentar tadi, pihak UiTM telah membuat keputusan untuk menangguhkan istiadat itu susulan daripada penularan jangkitan Covid-19.
“Penularan wabak COVID-19 ini yang berlaku di seluruh dunia menyebabkan WHO mengisytiharkan ia sebagai Pandemik.
“Justeru, pengurusan UiTM perlu mengambil tindakan pencegahan dan proaktif demi kesihatan dan keselamatan seluruh warga UiTM dan masyarakat amnya,” tulis kenyataan itu.
“Pengurusan UiTM telah membuat keputusan untuk MENANGGUHKAN ISTIADAT KONVOKESYEN UiTM KE-92 DI UiTM SHAH ALAM DAN KAMPUS-KAMPUS CAWANGAN UiTM BERKUAT KUASA SERTA-MERTA sehingga ke tarikh yang akan dimaklumkan kelak,” tambah kenyataan itu.
Sumber: UiTM Official