BERLIN, 30 April (Bernama) — Tujuh lagi warga Turki maut di Jerman akibat COVID-19 dalam tempoh 24 jam lalu, kata pihak berkuasa tempatan pada Khamis, lapor agensi berita Anadolu.
Kematian dilaporkan berlaku di Nuremberg, Essen, Munich dan Mannheim.
Kematian terbaru itu menjadikan jumlah rakyat Turki yang maut di negara ini seramai 130 orang.
Jumlah yang terkorban di Jerman mencecah 6,467 orang, dengan kes meningkat kepada 161,539 manakala seramai 120,400 lagi pesakit pulih, menurut Johns Hopkins University.
Sejak dikesan di Wuhan, China pada Disember lalu, COVID-19 sudah menular ke sekurang-kurangnya 185 negara dan wilayah, menyaksikan Amerika Syarikat dan Eropah negara paling teruk terjejas.
— BERNAMA