Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu ciapan di akaun Twitter rasminya telah mengesahkan bahawa sebanyak enam kawasan utama di Malaysia mencatatkan sifar kes baharu setakat hari ini.
Menerusi data bilangan pecahan kes harian mengikut negeri yang dikeluarkan oleh KKM, antara kawasan kes sifar Covid-19 yang dilaporkan adalah Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Terengganu, Kelantan dan WP Putrajaya.
Kawasan yang lain pula dilaporkan terus mencatatkan pertambahan kes. Jumlah kes keseluruhan yang dicatatkan pada hari ini di seluruh kawasan adalah 69 kes. Pertambahan kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan yang dilaporkan di Malaysia meningkat kepada 5,251 kes.
Sumber: KKM