
Seperti mana yang kita tahu, Thailand telah melanjutkan tempoh perintah darurat sehingga akhir bulan Mei dan akan mengurangkan beberapa sekatan memandangkan status penurunan kes sehingga angka satu digit.
Terkini, Thailand mencatatkan sembilan kes baharu COVID-19 termasuk dua kes melibatkan petugas kesihatan dan sifar kematian semalam. Ini hari ketiga jumlah kes baharu kekal dalam kiraan satu digit, menjadikan jumlah kumulatif kepada 2,947 dan jumlah kematian kekal 54 orang.
Menurut jurucakap Pusat Pentadbiran Situasi COVID-19 (CCSA), Thaweesilp Wissanuyothin berkata, sebanyak 2,665 kes pulih dan dibenar pulang dari hospital manakala 228 masih menerima rawatan di wad.
Sumber: Bernama