Covid-19 Telah Meragut Lebih 250,000 Nyawa Penduduk Amerika Syarikat Dalam Tempoh 11 Bulan

Sha Rossa

Berdasarkan data terkini, wabak Covid-19 telah meragut nyawa lebih 250,000 penduduk Amerika Syarikat (AS) hanya dalam tempoh 11 bulan sejak kes pertama dikesan di negara tersebut.

Ianya sekaligus menjadikan AS kekal sebagai negara dengan kematian paling banyak di dunia, di mana 250,029 kes kematiannya melebihi jumlah kematian di negara yang paling teruk dilanda Covid-19 iaitu Brazil dengan lebih daripada 83,000 kes kematian, menurut Universiti Johns Hopkins.

Memburukkan keadaan, kemasukan ke hospital juga semakin bertambah dengan jumlah keseluruhan 76,958 pesakit sedang dirawat dan hampir 162,000 kes jangkitan baharu direkodkan setakat Selasa.

Difahamkan, kes semakin meningkat di 51 negeri dan wilayah di AS di mana dianggarkan bahawa 12 peratus daripada semua orang Amerika telah dijangkiti wabak Covid-19.

Sumber: Daily Mail