
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Mohamad al-Bakri melalui akaun Twitter miliknya hari ini menafikan satu berita mengenai solat jumaat yang didakwa akan tetap diteruskan.
Beliau dalam posting itu menegaskan bahawa Pejabat Menteri (Hal Ehwal Agama) tidak pernah mengeluarkan kenyataan tersebut.
Dalam pada itu, beliau turut menitip pesan agar orang ramai tidak menyebarkan berita tidak sahih dan bercanggah daripada keputusan Kerajaan Malaysia.
Sumber: Twitter Dr. Zulkifli