Singapura mencatatkan dua kematian pertama akibat Covid-19 pada pagi Sabtu (21 Mac 2020).
Kementerian Kesihatan (MOH) Singapura, mengesahkan mangsa merupakan seorang wanita Singapura berusia 75 tahun dan seorang lagi lelaki Indonesia berusia 64 tahun.
Wanita berkenaan merupakan kes ke-90, mempunyai hubung kait dengan kumpulan The Life Church dan Missions Singapore serta mempunyai sejarah penyakit jantung kronik dan hipertensi.
Manakala, pesakit kedua yang dikenali sebagai kes ke-212 adalah seorang lelaki Indonesia berusia 64 tahun dengan sejarah penyakit jantung.
Sumber: CNA