COVID-19: Selangor Jadi Negeri Paling Tinggi Kes Hari Ini Dengan 965 Kes Positif, Diikuti Johor & Sabah

Nur Adnin

PUTRAJAYA, 6 Jan – Selangor terus mencatat angka harian kes COVID-19 tertinggi dengan mencatatkan sebanyak 965 kes baharu hari ini.

Menurut kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah, daripada angka tersebut, 894 kes (92.6 peratus) adalah dikesan daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat yang dijalankan di lapangan.

Status Selangor sebagai ‘pendahulu’ hari ini diikuti Johor dengan 571 kes (22 peratus) dan Sabah sebanyak 405 kes (15.6 peratus).

“Sebanyak 81 kes (3.1 peratus) yang dilaporkan pula adalah berkaitan kluster-kluster di lokap, depot tahanan imigresen dan penjara yang membabitkan Kluster Penjara Jalan Harapan dengan 73 kes, Kluster Pagar Siput empat kes, Kluster Tembok Gajah tiga kes dan Kluster Matambai satu kes,” maklum kenyataan tersebut hari ini.

Sementara itu, empat lagi individu dilapor meninggal dunia akibat COVID-19, menjadikan angka kematian turut meningkat kepada 513 kes.

Sumber: KKM