Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 101 kes baharu yang dicatatkan pada hari ini termasuk 97 kes tempatan dan 4 kes import.
Terdapat 12 negeri yang mencatatkan kes baharu Covid-19 pada hari ini iaitu 73 kes di Sabah, 15 kes di Selangor, 3 kes di Sarawak dan 2 kes di Johor.
Di samping itu, 1 kes masing-masing dicatatkan di Kelantan, Perak, Pulau Pinang, Melaka, Perlis, Kedah, Kuala Lumpur dan Putrajaya.
Gambar Via Noor Hisham AbdullahBerikut merupakan pecahan kes baharu bagi 12 negeri yang mencatatkan pertambahan kes pada hari ini.


Sumber: KKMPutrajaya